Kisah Sahabat Umar Ibnu
Alkhatab Dan Salman Alfarisi
Antara yang dicari dan yang
mencari kebenaran.
Contoh terbaik
orang yang mencari kebenaran ialah Salman al-Farisi yang mendapat julukan
Pencari Kebenaran. Beliau r.a berasal dari Isfahan. Bapanya seorang kenamaan
yang kaya-raya dan kuat berpegang teguh pada agama Majusi. Salman bertugas
menjaga api dan bertanggungjawab mempastikan api itu tidak padam. Satu hari
beliau berjalan dan melewati gereja Nasrani. Beliau tertarik melihat cara orang
Nasrani beribadat. Setelah bertukar-tukar fikiran dengan mereka dan mempelajari
tentang agama Nasrani beliau berpendapat bahwa agama Nasrani lebih benar
daripada agama Majusi, lalu beliau memeluk agama Nasrani Beliau kemudian pergi
ke Syria untuk mendalami pengajiannya tentang agama Nasrani. Beliau tinggal
dengan seorang pendeta dan beliau menjadi pelayannya pendeta tersebut sambil
beliau belajar, Setelah pendeta itu meninggal dunia Salman pergi ke Mosul,
untuk memenuhi kehendak wasiat pendeta tersebut. Di sana beliau tinggal dan
berkhidmat kepada seorang pendeta juga. ketika hampir tiba ajalnya kedua
pendeta ini mewasiatkan kepada Salman supaya pergi ke Nasibin dan berkhidmat
kepada seorang salih yang tinggal di sana. Salman kemudiannya berpindah
ke Nasibin. Pendeta di Nasibin kemudian mewasiatkan kepada Salman agar beliau
pergi ke Amuria dan berkhidmat kepada seorang salih di sana. Salman berpindah
pula ke Amuria. Ketika pendeta di Amuria itu hampir menemui ajalnya beliau
memberi amanat kepada Salman bahawa sudah hampir masanya kebangkitan seorang
nabi yang mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s secara murni. Nabi yang baru muncul
itu nanti akan berhijrah ke satu tempat yang banyak ditumbuhi pohon kurma dan
terletak di antara dua bidang tanah yang berbatu-batu hitam. Tanda-tanda yang
jelas tentang kenabiannya ialah dia tidak mau makan sedekah tetapi menerima
hadiah. Di bahunya ada cap kenabian yang bila dilihatnya dikenali akan
kenabiannya. Setelah pendeta yang memberi amanat itu meninggal dunia
berangkatlah Salman mengikuti rombongan Arab dengan menyerahkan kepada mereka
lembu-lembu dan kambing-kambingnya. Sampai di Wadi Qura, Salman dianiayai dan
dijual kepada orang Yahudi. Kemudian, Salman dijual kepada orang Yahudi yang
lain. Tuannya yang baru itu membawanya ke Yastrib. ketika Salman melihat negeri
itu yakinlah dia bahawa itulah negeri yang diceritakan oleh pendeta yang
menjaganya dahulu. Diwaktu Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yastrib, Salman datang
menemui baginda s.a.w di Quba dan memberikan makanan sebagai sedekah kepada
baginda s.a.w dan sahabat baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w menyuruh mereka makan
tetapi baginda s.a.w tidak menjamah makanan tersebut. Keesokan harinya Salman
datang lagi membawa makanan sebagai hadiah.dan di berikannya kepada Rasulullah
s.a.w beliaupun memakannya bersama-sama sahabat baginda s.a.w. Semasa
Rasulullah s.a.w berada di Baqi’, Salman pergi lagi menemui baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w ketika itu memakai dua helai kain lebar, satu sebagai sarung
dan satu lagi sebagai baju. Salman menjenguk dan mengintai untuk melihat
belakang baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w mengerti akan maksud Salman lalu
baginda s.a.w menyingkap kain burdah dari leher baginda s.a.w hingga
kelihatanlah cap kenabian yang dicari oleh Salman. Melihat keadaan tersebut
Salman terus menangis dan menciumnya. Akhirnya beliau temui kebenaran yang
beliau telah cari di setiap tempat yang beliau singgahi.
Kisah
Salman memberi gambaran betapa sukarnya jalan yang ditempuhi oleh orang yang
mencari Allah s.w.t. Di samping mengarungi kehidupan yang sukar mereka juga
menuntut ilmu, berguru ke sana ke mari, mencari dalil-dalil dan pembuktian
untuk menambahkan pengetahuan tentang Tuhan. Mereka melihat alam dan kejadian
di dalam alam sebagai bukti yang menunjukkan Wujudnya Allah s.w.t, dan mereka
mengkaji alam untuk memahami tentang keesaan Allah s.w.t. Setelah mereka sampai
kepada Allah s.w.t mereka melepaskan dalil-dalil itu lalu berpegang kepada makrifat
yang diperolehnya.
Golongan
yang ke dua yaitu golongan yang dicari untuk dia bisa makrifat kepada ALLAH SWT
golongan ini menempuh jalan yang berbeda. Contoh orang yang dicari ialah
Saidina Umar al-Khattab r.a. Pada awal perkembangan Islam di Makkah umat Islam
menghadapi tantangan yang hebat dari kaum Quraisy. Rasulullah s.a.w telah
berdoa agar Islam diperkuatkan dengan salah satu Umar, yaitu Umar bin Hisyam
(Abu Jahal) atau Umar bin Khattab. Umar al-Khattab ketika itu ia sangat keras
dalam menentang ajaran islam dan menyiksa golongan yang menikuti ajakan
rasulullah SAW , terutama dari kalangan yang lemah. Rasa bencinya
terhadap agama baru yang merombak adat dan kepercayaan datuk nenek moyangnya
itu meluap-luap di hatinya. Disaat rasa kebenciannya itu memuncak beliau
mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Umar mencabut pedangnya
sambil menuju ke tempat di mana Rasulullah s.a.w berada. Di tengah jalan Umar
diberitahu bahawa adiknya sendiri telah memeluk Islam. Dia memikirkan bahwa lebih
baik jika dia menguruskan masalah dalam keluarganya dahulu sebelum membunuh
Rasulullah s.a.w. Mendengar berita itu dia pun membelok ke rumah adiknya.
Keadaannya seperti singa bengis. Ditendangnya pintu rumah adiknya. yang ketika
itu adiknya sedang memegang lembaran yang ditulis dengan ayat al-Quran. Umar
memukul adiknya dan merampas lembaran tersebut. Umar adalah seorang cendekiawan
yang tahu membaca, dan arif tentang sastera puisi. Diwaktu beliau membaca wahyu
Allah s.w.t, tubuhnya menggeletar dan keluarlah ucapan dari mulutnya,” Ini
bukan syair yang ditulis oleh penyair yang handal. Ini bukan karya manusia.
Tidak ada yang dapat menciptakannya kecuali Tuhan sendiri”. Lalu Umar
al-Khattab pergi menghadap Rasulullah s.a.w dan menyatakan keislamannya.
Umar
al-Khattab membaca ayat al-Quran, Kalam Allah s.w.t dan serta-merta dia melihat
kebenarannya. Umar tidak memerlukan kepada alam dan makhluk sekaliannya sebagai
dalil dan bukti. Kebenaran itu sendiri yang menjadi dalil baginya. Kalam Allah
s.w.t sendiri yang menyampaikan Umar kepada-Nya. Allah s.w.t yang menerangi
hati Umar dengan makrifat-Nya. Makrifatullah yang menerangi makrifat alam
sehingga alam itu dikenali melalui sumber yaitu Allah s.w.t sendiri. Orang yang
mencari menyusur dari ranting ke dahan, turun ke batang lalu pergi kepada umbi
sebelum menemui benih yang melahirkan pokoknya. Orang yang telah dibawa kepada
Tuhan melihat dari asal mulanya, melihat benih yang darinya muncul pokok yang
cukup lengkap.
Perbedaan
arah memandang menyebabkan terjadi perbedaan daya nilai dan daya rasa. Orang
akal lebih cenderung kepada fahaman falsafah yang berdiri di atas kemanusiaan
sejagat yaitu fitrah manusia. Keberkesanan hukum sebab-akibat membentuk
formula-formula yang seterusnya melahirkan hukum logik yang dipegang oleh akal.
Sukar bagi akal untuk melihat bahwa Allah s.w.t yang meletakkan dan menetapkan
keberkesanan hukum sebab-akibat itu. Orang berakal memerlukan masa untuk
berfikir dan menimbang sehingga mereka melihat dan mengakui kerapian serta
kesempurnaan hukum yang mereka pegang itu. Setelah sampai kepada pengakuan yang
demikian barulah mereka beralih memerhatikan apa yang datang dari Tuhan.
Hati pula
terus menyaksikan ketuhanan pada apa yang disaksikan. Mereka melihat perjalanan
sebab dan akibat sebagai tadbir Allah s.w.t. Mereka juga mengambil sebab dalam
melakukan sesuatu tetapi ketika mengambil sebab itu hati memandang kepada Allah
s.w.t, meletakkan pergantungan kepada-Nya yang mentadbir sebab musabab itu,
bukan bersandar kepada sebab semata-mata. Jika sebab gagal menghasilkan akibat
menurut hukum logik, hati melihat kekuasaan Allah s.w.t mengatasi segala
sebab. Akal yang berhadapan dengan keadaan yang demikian sering diganggu oleh
kekeliruan dan mereka mencari formula baru untuk mengembangkan logik.
Walaupun
terdapat perbedaan cara memandang tetapi tidak seharusnya berlaku perselisihan
di antara dua golongan tersebut. Satu golongan harus menghormati daya nilai dan
daya rasa golongan yang satu lagi. Walau bagaimana pun orang yang menggunakan
akal harus sadar bahawa mereka sedang bergerak ke arah daerah orang yang
menggunakan hati kerana iman, ikhlas, berserah diri, takwa dan lain-lain nilai
baik dalam agama adalah nilai hati yang mengeluarkan niat.